Minggu, 22 November 2015
Keadaan Keterpaksaan Terhadap Yang Haram
ISLAM
mempersempit daerah haram. Kendatipun demikian soal haram pun diperkeras dan
tertutup semua jalan yang mungkin akan membawa kepada yang haram itu, baik
dengan terang-terangan maupun dengan sembunyi-sembunyi. Justru itu setiap yang
akan membawa kepada haram, hukumnya haram; dan apa yang membantu untuk berbuat
haram, hukumnya haram juga; dan setiap kebijakan (siasat) untuk berbuat haram,
hukumnya haram. Akan tetapi Islam pun tidak lupa terhadap kepentingan hidup
manusia serta kelemahan manusia dalam menghadapi kepentingannya itu. Oleh
kerana itu Islam kemudian menghargai kepentingan manusia yang tiada terelakkan
lagi itu, dan menghargai kelemahan-kelemahan yang ada pada manusia. Justeru itu
seorang muslim dalam keadaan yang sangat memaksa, diperkenankan melakukan yang
haram kerana dorongan keadaan dan sekadar menjaga diri dari kebinasaan.
Oleh kerana
itu Allah mengatakan, sesudah menyebut satu-persatu makanan yang diharamkan,
seperti: bangkai, darah dan babi:
“Barangsiapa
dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka
tiada berdosa atasnya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha
Belas-kasih.” (al-Baqarah: 173)
Yang semakna
dengan ini diulang dalam empat surah ketika menyebut masalah makanan-makanan
yang haram. Dan ayat-ayat ini dan nas-nas lainnya, para ahli fiqih menetapkan
suatu prinsip yang sangat berharga sekali, iaitu: “Keadaan terpaksa membolehkan
yang terlarang.”
Tetapi
ayat-ayat itupun tetap memberikan suatu pembatas terhadap si pelakunya (orang
yang disebut dalam keadaan terpaksa) itu; iaitu dengan kata-kata ghaira baghin
wala ‘aadin (tidak sengaja dan tidak melampaui batas).
Ini dapat
ditafsirkan, bahawa pengertian tidak sengaja itu, maksudnya: tidak sengaja
untuk mencari kelazatan. Dan perkataan tidak melampaui batas itu maksudnya:
tidak melampaui batas ketentuan hukum.
Dari ikatan
ini, para ulama ahli fiqih menetapkan suatu prinsip lain pula, yaitu:
adh-dharuratu tuqaddaru biqadriha (dharurat itu dikira-kirakan menurut
ukurannya). Oleh kerana itu setiap manusia sekalipun dia boleh tunduk kepada
keadaan dharurat, tetapi dia tidak boleh menyerah begitu saja kepada keadaan
tersebut, dan tidak boleh menjatuhkan dirinya kepada keadaan dharurat itu
dengan kendali nafsunya. Tetapi dia harus tetap mengikatkan diri kepada pangkal
halal dengan terus berusaha mencarinya. Sehingga dengan demikian dia tidak akan
tersentuh dengan haram atau mempermudah dharurat.
Islam dengan
memberikan perkenan untuk melakukan larangan ketika dharurat itu, hanyalah
merupakan penyaluran jiwa keuniversalan Islam itu dan kaidah-kaidahnya yang bersifat
kulli (integral). Dan ini adalah merupakan jiwa kemudahan Islam yang tidak
dicampuri oleh kesukaran dan memperingan, seperti cara yang dilakukan oleh
ummatummat dahulu. Oleh kerana itu benarlah apa yang dikatakan Allah dalam
firmanNya:
“Allah
berkehendak memberikan kemudahan bagi kamu, dan Ia tidak menghendaki memberikan
beban kesukaran kepadamu.” (al-Baqarah: 185)
“Allah tidak
menghendaki untuk memberikan kamu sesuatu beban yang berat, tetapi ia
berkehendak untuk membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu
supaya kamu berterimakasih.” (al-Maidah: 6)
“Allah
berkehendak untuk memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia itu dijadikan
serba lemah.” (an-Nisa’: 28
Author: Mohammad
Mohammad is the founder of STC Network which offers Web Services and Online Business Solutions to clients around the globe. Read More →
Related Posts:
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar: